FANDOM


001Bulbasaur.png

Diilustrasi oleh Ken Sugimori dari Pokémon FireRed and LeafGreen

Bulbasaur (bahasa Jepun: フシギダネ, Fushigidane) merupakan Pokémon jenis rumput/racun.

Ia berkembang menjadi Ivysaur pada tahap 16 dan juga berkembang menjadi Venusaur pada tahap 32.

Bersama-sama dengan Charmander dan Squirtle, Bulbasaur ialah salah satu pemula Pokémon dalam daerah Kanto dan juga boleh dijumpai dalam Pokémon Red, Green, Blue, FireRed, dan LeafGreen.

BiologiSunting

Bulbasaur ialah seekor Pokémon kecil dan berkaki empat yang mempunyai kulit hijau atau hijau kebiruan dan sesetengah tompok gelap. Setiap kakinya mempunyai tiga kuku tajam. Matanya berwarna merah, manakala sklera dan anak mata berwarna putih. Bulbasaur mempunyai sepasang gigi tajam yang dapat dilihat ketika membuka mulutnya. Dia juga mempunyai satu bebawang di belakangnya yang boleh terus menumbuh semenjak dia dilahirkan. Bebawang ini boleh menjana tenaga melalui fotosintesis dan juga dari benih yang penuh khasiat.

Seperti yang disebut dalam animasi, pemula Pokémon yang dibela oleh penternak akan mengedarkan kepada pelatih. Setelah dilahirkan, Bulbasaur telah dianggapkan sebagai Pokémon jarang dan bersifat baik. Ia telah menunjukkan betapa setia terhadap orang tersebut walaupun ia telah disisirkan sepanjang masa. Bulbasaur juga dikenali sebagai penyayang yang sangat baik ketika dia memulakan teknik "Bulba-by". Bagi menunjukkan teknik tersebut, Bulbasaur menggunakan rotannya untuk mengangkat Pokémon muda lalu menganyunkannya secara perlahan-lahan.

Ia dapat dicari dalam kawasan rumput dan hutan sekiranya ia berada di daerah Kanto. Namun, atas sebab Bulbasaur dikategorikan sebagai pemula Pokémon, ia susah didapati di sekitar kehidupan liar dan juga tidak mudah didapati oleh pelatih. Ia telah menunjukkan bahawa bebawang Bulbasaur dapat bersinar biru semasa ia bersedia untuk berkembang. Jikalau Bulbasaur tidak mahu menjalani proses perkembangan, maka ia harus menghalangkannya. Kebanyakan Bulbasaur akan bersatu setiap tahun di taman tersembunyi dalam daerah Kanto yang mana tempatnya boleh berkembang menjadi Ivysaur. Majlis ini akan diadakan oleh seekor Venusaur.

Dalam animasiSunting

Kemunculan utamaSunting

Bulbasaur AshSunting

Bulbasaur Ash.png
Rencana utama: Bulbasaur Ash

Kemunculan pertama untuk Bulbasaur Ash adalah Bulbasaur and the Hidden Village semasa ia masih salah satu Pokémon yang menetap dalam Kampung Tersembunyi. Pada permulaan Bulbasaur asyik berwaspada terhadap Ash, namun lama kemudian hubungan antara kedua-dua semakin rapat. Selepas itu Bulbasaur telah membuat satu cabaran bagi Ash menangkapkannya. Dengan menggunakan Pikachu, Bulbasaur ditewaskan lalu Ash telah memenangi cabaran tersebut. Tidak seperti Charmander dengan Squirtle, Bulbasaur kekal dalam kumpulan Ash sampai Bulbasaur... the Ambassador!. Ash menghantarnya ke makmal Profesor Oak untuk berkerja sebagai duta untuk menyelesaikan pertengkaran antara Pokémon lain.

Bulbasaur MaySunting

Rencana utama: Bulbasaur May

Ketika Ash melancong ke daerah Hoenn, sahabatnya May telah menangkap seekor Bulbasaur semasa dia terpisah dari kumpulannya dalam Grass Hysteria!. Bulbasaur itu terus menemaninya sampai ke akhir perjalanan Hoenn, serta membantunya bertanding dalam rantau perayaan besar. Semasa dia melancong bersama dengan Ash dalam The Right Place and the Right Mime, May juga meletakkan Bulbasaurnya di makmal Profesor Oak lalu menyertai sempadan pertempuran di Kanto. May mengambil balik Bulbasaur semasa dalam perjalanan Johto, dan selepas itu ia berkembang sampai ke Venusaur.

Lain-lainSunting

Pokédex entriSunting

  • Episod: EP010
    • Pokémon: Bulbasaur
    • Sumber: Pokédex Ash
    • Entri: Bulbasaur. Ia mengangkat satu bebawang di belakangnya semenjak dilahirkan. Bebawangnya akan menumbuh secara perlahan-lahan. Penyelidik masih tidak pasti sama ada Bulbasaur perlu dikategorikan sebagai haiwan ataupun tumbuhan. Bulbasaur bersifat tenang dan sukar didapati dalam hidupan liar.
  • Episod: EP051
    • Pokémon: Pancaran Solar
    • Sumber: Pokédex Ash
    • Entri: Pancaran Solar, serangan Bulbasaur yang paling kuat. Cahaya telah dikumpul dan membentuk menjadi pancaran yang berkuasa intensif.

Dalam komikSunting

Dalam TCGSunting

Dalam TFGSunting

Kemunculan lainSunting

Data permainan videoSunting

Pokédex entriSunting

Lokasi permainan videoSunting

Item yang dibawaSunting

StatistikSunting

KeberkesananSunting

BelajarSunting

Data permainan video lainSunting

PerkembanganSunting

ImejSunting

TriviaSunting

l - s - b Pemula Pokémon
Kanto  BulbasaurCharmanderSquirtle
Johto  ChikoritaCyndaquilTotodile
Hoenn  TreeckoTorchicMudkip
Sinnoh  TurtwigChimcharPiplup
Unova  SnivyTepigOshawott
Kalos  ChespinFennekinFroakie

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak